Wednesday, January 12, 2011

MENGHADIRI GOTONG-ROYONG BERSAMA JKKK,AJK BENGKEL DAN AHLI WARIS NEGERI FM ( 27 DISEMBER 2010 )

Bergambar bersama Ketua Balai Polis Johol dan anggota, AJK Bengkel, Pengerusi Kelab, ahli Waris Negeri FM dan Pengerusi JKKK ketika gotong-royong bersama JKKK, AJK Bengkel dan ahli Kelab Waris Negeri FM yang diadakan di Bengkel Seri Perkasa, Johol.

Datin Zawayah turut membantu dalam penyediaan cenderamata untuk peserta-peserta gotong-royong yang telah dianjurkan oleh AJK Bengkel dan Kelab Ahli Waris Negeri FM yang diadakan di Bengkel Seri Perkasa, Johol.

Gotong-royong bersama JKKK, AJK Bengkel dan Ahli Waris Negeri FM yang diadakan di di bengkel Seri Perkasa pada 27 Disember 2010 anjuran AJK Bengkel dan Kelab Ahli Waris Negeri FM.



Wednesday, January 5, 2011

MENGHADIRI MAJLIS 'PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT' DAN MENYAMPAIKAN UCAPAN DI BALAI RAYA KAMPUNG GEDUHOM ( o8 DISEMBER 2010 )

Menyampaikan ucapan di Majlis "Pemimpin Bersama Rakyat' yang diadakan di Balai Raya Kampung Geduhom anjuran JKKK dan UMNO Cawangan Geduhom

Majlis 'Pemimpin Bersama Rakyat' yang diadakan di Balai Raya Kampung Geduhom turut dihadiri oleh wakil Ahli Parlimen Kuala Pilah, Pengerusi MCA Pekan Dangi dan Ketua UMNO Cawangan Tulang Rimau





Tuesday, January 4, 2011

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL KEPADA PENGERUSI DAN AJK RUKUN TETANGGA DUN JOHOL ( JUN 2010 )

YB Dato' Roslan menyampaikan sijil kepada salah seorang AJK KRT Selaru

MAJLIS PENYERAHAN SURAT MILIK RUMAH RAKYAT DI PADANG AWAM SELARU 2009

YB Dato' Roslan menyampaikan cenderamata daripada Pengerusi-Pengerusi JKKK DUN Johol kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

Bergambar bersama Menteri Besar dan orang ramai

Sunday, January 2, 2011

LAWATAN KERJA KE JAMBATAN KAMPUNG BARI ( PERKAMPUNGAN ORANG ASLI ) YANG BARU SIAP DI BINA ( 28 NOVEMBER 2010 )

Jambatan yang telah siap di bina di Perkampungan Orang Asli Bari, Johol.

Bergambar ketika membuat lawatan kerja ke jambatan Kampung Bari ( perkampungan orang asli ) yang baru siap dibina.


MENGHADIRI DAN MENYAMPAIKAN UCAPAN MAJLIS PENERANGAN PENCEGAHAN JENAYAH RAKAN MUDA DAN JIRAN MUDA KRT DANGI ( 21 NOVEMBER 2010 )

Mengahadiri Majlis Penerangan Pencegahan Jenayah Rakan Muda dan Jiran Muda KRT Dangi yang telah diadakan Dewan Kampung Baru Dangi, Johol anjuran Jiran Muda KRT Dangi dan Kelab Rakan Muda Kampung Baru Dangi.
Menerima cenderamata dari pihak Majlis Penerangan Pencegahan Jenayah Rakan Muda dan Jiran KRT Dangi yang diadakan pada 21 November 2010 di Dewan Kampung Baru Dangi, Johol

Bergambar bersama beberapa ahli Kelab Rakan Muda, Jiran Muda dan Masyarakat Tempaan Pekan Dangi yang menghadiri Majlis Penerangan Pencegahan Jenayah Rakan Muda dan Jiran Muda KRT Dangi.



MENGHADIRI DAN MENYAMPAIKAN UCAPAN MAJLIS JUARA RAKYAT DAN SUKANEKA PERWANIS, JKKK DAN UMNO CAWANGAN SIKOTA ( 20 NOVEMBER 2010 )

Menghadiri Majlis JUARA RAKYAT dan Sukaneka Perwanis, JKKK dan UMNO Cawangan Sikota bersama Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, YB Dato' Hj Ismail Lasim, Setiausaha UMNO Bahagian, AJK UMNO Bahagian dan ketua-ketua UMNO cawangan pada pukul 12.30 tengah hari, 20 November 2010.

YB Dato' Hj. Ismail Lasim menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka Perwanis yang telah dianjurkan oleh Perwanis, JKKK, UMNO Cawangan dan Gerakan Belia MAYC Sikota

Menyampaikan hadiah ketika Majlis JUARA RAKYAT dan Sukaneka Perwanis, JKKK dan UMNO Cawangan Sikota yang telah diadakan di Balai Raya Kampung Sikota, Johol.



MENGHADIRI DAN MENYAMPAIKAN UCAPAN MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT K. BESTARI KAMPUNG TANGGAI, JOHOL ( 20 NOVEMBER 2010 )

Memberikan ucapan di Majlis Pemimpin bersama Rakyat K. Bestari Kampung Tanggai, Johol yang diadakan di perkarangan Masjid Kariah Tanggai, Johol pada pukul 10.30 pagi, 20 November 2010.

Imam besar Masjid Kariah Tanggai membacakan doa bagi memberkati Majlis Pemimpin Bersama Rakyat K. Bestari Kampung Tanggai, Johol

Antara hadirin yang hadir dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat K. Bestari Kampung Tanggai, Johol anjuran Komuniti Bestari Kampung Tanggai dan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan.

Antara bahan pameran yang dipamerkan ketika Majlis Pemimpin bersama Rakyat K. Bestari Kampung Tanggai, Johol yang diadakan di perkarangan Masjid Kariah Tanggai, Johol




MERASMIKAN MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS, JOHOL ( 20 NOVEMBER 2010 )


Memberikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai Murid-murid Sekolah Kebangsaan Kepis, Johol yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Kepis pada pukul 8 pagi, 20 November 2010.

Menerima cenderamata dari pihak Sekolah Kebangsaan Kepis sempena perasmian Majlis Berkhatan Beramai-ramai Murid-murid Sekolah Kebangsaan Kepis, Johol anjuran Sekolah Kebangsaan Kepis dan PIBG Sekolah Kebangsaan Kapis.

Melawat keadaan 15 orang murid yang menjadi peserta dalam Majlis Berkhatan beramai-ramai murid-murid Sekolah Kebangsaan Kepis.




MAJLIS PENUTUP SEMINAR PROFESIONAL PENDIDIKAN DAN ADAT PERPATIH ( 15 OKTOBER 2010 )

Menyambut kedatangan Menteri Besar Negeri, Datuk Seri Utama Haji Mohammad bin Haji Hassan untuk Majlis Penutup Seminar Profesional Pendidikan dan Adat Perpatih yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Sains Selaru Kuala Pilah, Selaru

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohammad bin Haji Hassan bersalaman dengan hadirin ketika Majlis Penutupan Seminar Profesional Pendidkan dan Adat Perpatih pada 15 November 2010 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohammad bin Haji Hassan bersalaman dengan semua guru KAFA, guru KAP, SMAN dan wakil-wakil jabatan yang menghadiri Majlis Penutup Seminar Profesional Pendidikan dan Adat Perpatih yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Selaru.



PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS ( 15 NOVEMBER 2010 )

Menghadiri majlis penyampaian hadiah Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Kepis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kepis, Johol yang turut dihadiri oleh wakil PDD Kuala Pilah, En. Shaharudin Said

Menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Kepis yang diadakan di dewan Sekolah Kebangsaan Kepis pada 15 November 2010.

Menyampaikan anugerah cemerlang kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang akademik pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Kepis.
Menerima cenderahati dari pihak Sekolah Kebangsaan Kepis




PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS ASAS PENGENALAN RELA ( 13 NOVEMBER 2010 )

Para peserta tekum mendengar penjelasan yang disampaikan oleh Pegawai RELA Daerah dalam Kursus Asas Pengenalan RELA pada 13 November 2010 di Balai Raya Selaru.

Menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan penutupan Kursus Asas Pengenalan RELA anjuran RELA Daerah Kuala Pilah dan JKKK Selaru yang dihadiri oleh lebih kurang 50 orang peserta.

Cenderamata disampaikan oleh Pegawai RELA Daerah Kuala Pilah.

Bergambar bersama-sama Pegawai RELA Daerah, Pengerusi JKKK dan peserta yang terlibat dalam Kursus Asan Pengenalan RELA yang diadakan di Balai Raya Selaru




PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH 'HARI ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, KUALA PILAH ( 12 NOVEMBER 2010 )

Memberikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Kuala Pilah yang turut dihadiri oleh Wakil PDD Kuala Pilah iaitu Puan Saedah Baba di dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Kuala Pilah

Menyaksikan persembahan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Kuala Pilah sempana Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Sungai Dua.

Persembahan solo yang dipersembahkan oleh salah seorang murid Sekolah Kebangsaan Sungai Dua.

Menyampaikan Anugerah Cemerlang kepada murid-murid yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Dua anjuran Sekolah Kebangsaan Sungai Dua pada 12 November 2010.




MENYAMPAIKAN DIVIDEN LEMBU TERNUSU KEPADA PESERTA E - KASIH BAGI DUN JOHOL KELOLAAN PEJABAT DAERAH KUALA PILAH ( 10 NOVEMBER 2010 )

Menghadiri penyampaian lembu ternusu kepada peserta E - Kasih bagi DUN Johol kelolaan Pejabat Daerah Kuala Pilah anjuran Pejabat Daerah Kuala Pilah yang diadakan di Pejabat ADUN

Antara peserra E - Kasih yang hadir bagi menerima penyampaian dividen lembu ternusu yang diadakan di di Pejabat ADUN.

Bergambar bersama-sama Ketua Penolong Pegawai Daerah Pegawai Daerah Kuala Pilah dan Penghulu Mukim Johol di Pejabat ADUN sempena penyampaian dividen lembu ternusu kepada peserta E - Kasih pada 10 November 2010.

JOHOL MAJU, AMAN, SEJAHTERA