Monday, June 28, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DUN JOHOL 2010

Bagi mengenang, menghargai dan sebagai tanda terima kasih kepada semua guru khasnya di sekolah-sekolah dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Johol, N.Sembilan, satu sambutan 'Hari Guru Peringkat DUN Johol' yang telah diilhamkan sendiri oleh YB Dato' Roslan Hj. Md Yusof, ADUN Johol telah diadakan pada 22 Jun 2010 (Selasa) mulai Jam 3.00 petang bertempat di Dewan Orang Ramai Johol. Majlis tersebut telah dianjurkan sendiri oleh YB Dato' Roslan. Turut sama terlibat dalam pengajuran majlis tersebut ialah Biro Pendidikan UMNO Bahagian K.Pilah di mana YB Dato' sendiri adalah selaku pengerusi biro tersebut. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah K.Pilah juga turut memberikan kerjasama dalam penganjurkan majlis tersebut.

Di DUN Johol terdapat sebanyak 17 buah sekolah iaitu 12 buah sekolah rendah ( 4 buah SRJK Cina dan sebuah Sek.Ren. Orang Asli) dan 5 buah sekolah menengah (termasuk sebuah Sekolah Menengah Agama Sains di bawah Kerajaan N.Sembilan) Jumlah guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah berkenaan ialah seramai lebih kurang 369 orang.

Seramai 280 orang guru termasuk guru besar dan pengetua-pengetua telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Turut hadir ialah Wakil Pengarah Pelajaran N.Sembilan (Hj. Isah Ismail) dan Wakil YB. Dato' Hj Ismail Lasim Ketua UMNO Bahagian K.Pilah. Hadir sama ialah pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah K.Pilah, Ketua Balai Polis Johol, Pengerusi-Pengerusi JKKK di DUN Johol, Yang Di Pertua PIBG sekolah-sekolah, ketua-ketua UMNO Cawangan dan pemimpin-peminpin masyarakat termasuk mantan ADUN Johol yang juga nantan EXCO Kerajaan Negeri Ybhg Dato' Darus Salim Bulin yang juga bekas guru. Bekas-bekas guru dan bekas pengetua juga turut hadir.

Dalam ucapannya, YB Dato' Roslan menceritakan serba ringkas sejarah yang dilaluinya sebagai seorang guru. Beliau berkhidmat sebagai seorang guru selama lebih 28 tahun. Pernah menjadi guru di sekolah rendah selama 2 tahun iaitu di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai, K.Lipis, Pahang iaitu pada tahun1976 - 1077. Untuk sampai ke sekolah tersebut beliau terpaksa menaiki bot mudik Sungai Jelai selama 4 atau 5 jam. Kemudian beliau diarah bertugas di Sekolah Menengah Padang Tengku, K.Lipis pada tahun 1978 hingga 1981. Di sekolah tersebut beliau mengajar di Tingkatan 2, 3 dan 4. Mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan matematik. Pada tahun 1982 berpindah ke N.sembilan dan mengajar di Sek. Men. Bukit Jalor, Gemas. Kemudian melanjutkan pelajaran ke UPM kemudian mengajar di Sek Men Tuanku Muhammad, K.Pilah. Pernah menjadi Penolong Pengetua di Sek. Men. Dangi, Johol selama 10 tahun dan menjadi Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu pada tahun 2002. Pada tahun 2004 beliau bersara dan bertanding dalam pilihanraya seterusnya menjadi ADUN Johol hingga sekarang.

Menurut beliau lagi, kerjaya sebagai guru merupakan kerjaya yang mulia, dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat dengan syarat guru-guru berkhidmat dengan penuh dedikasi, bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan serta bertanggungjawab. Guru adalah contoh teladan kepada pelajar dan masyarakat. Kelakuan, gerak-geri dan personaliti guru sentiasa diperhatikan oleh pelajar dan masyarakat. Oleh itu, guru-guru hendaklah sentiasa menjaga tingkahlaku dan personaliti masing-masing agar martabat guru sentiasa terpelihara. Kerjaya sebagai guru memang memerlukan banyak pengorbanan. Kerjaya guru tidak menjanjikan seseorang itu menjadi kaya, cuma sekadar mendapat suatu kepuasan dalam kehidupan.

NAIK TARAF TIGA JAMBATAN

Tiga jambatan yang terletak di laluan Kuala Pilah -Tampin kebetulan berada di adalam Kawasan DUN Johol. Jambatan-jambatan tersebut ialah Jambatan Selaru (berhampiran SMAS K.Pilah), Jambatan Simpang Dangi dan Jambatan Air Mawang -Jeram (di sempadan K.Pilah-Tampin). Kebetulan ketiga-tiga jambatan tersebut terletak di selekoh berbahaya dan agak sempit, maka pengguna jalanraya berada dalam keadaan berbahaya apabila melalui jambatan-jambatan tersebut, terutama pada waktu malam, semasa hari hujan atau semasa berselisih dengan kenderaan berat.

Memandangkan jumlah kemalangan jalanraya yang semakin bertambah-tambah di ketiga-tiga jambatan tersebut termasuk kemalangan maut dan bilangan kenderaan yang menggunakan laluan tersebut juga semakin meningkat, maka pada tahun 2006, ADUN Johol telah membuat permohonan kepada kerajaan melalui Sidang Dewan Negeri untuk menaik taraf dengan melebar serta meluruskan ketiga-tiga jambatan tersebut bagi memudahkan pengguna jalanraya di samping dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.

Alhamdulillah, permohonan tersebut mendapat perhatian kerajaan dan mulai Jun 2010 kerja-kerja menaik taraf ketiga-tiga jambatan tersebut telah pun bermula dan dijangka siap pada tahun 2012. Kos setiap satu jambatan tersebut lebih kurang RM 2.5 juta. Semoga dengan siapnya kerja-kerja naik taraf jambatan-jambatan berkenaan, laluan di antara K.Pilah-Tampin akan bertambah lancar dan pengguna akan lebih selesa serta selamat.

AKTIVITI-AKTIVITI BERGAMBAR

YB Dato' Roslan selaku Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bah. K.Pilah menyampaikan ucapan semasa majlis perasmian 'Juara Rakyat dan Karnival Pendidikan' pada Mac 2010 di Dewan Dato' Bahaman K. Pilah

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada salah seorang Kursus Asas Penyembelihan

Merasmikan Surau Perkampungan Orang Asli Langkap, Dangi, Johol 16 Mac 2010

Menyarungkan vest kepada salah seorang ahli kawalan kampung dalam 'Majlis Penutup Sukaneka Sekampung' di Gelanggang Serbaguna Kg Dingkir Inas, Johol pada MAc 2010

Menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemain terbaik 'Kejohanan Kriket Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan 2010 di SMSTJ Kuala Pilah

Selaku Naib YDP Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) N.Sembilan merasmikan pembukaan gelanggang silat PSSGTNS di Taman Margosa, Paroi Seremban, April 2010

Menyampaikan bengkung kepada salah seorang penerima semasa 'Majlis Merasmikan Pembukaan Gelanggang Seni Silat Gerak 3 N.Sembilan PSSGTNS' di Taman Margosa, Paroi, Seremban
Menerima cenderamata sempena Perasmian Mesyuarat Agong FELCRA Mukim Johol 2010 di Dewan Johol

Menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas pengerusi JKKK Masjid Tua, Johol sambil diperhatikan oleh YB Dato' Hasan Malek, Timb. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada Feb 2010

Menerima cenderamata daripada wakil Pengarah Muzium N.Sembilan sempena merasmikan Majlis 'Sehari Bersama Tokoh - Sistem Sosial Adat Pepatih Luak Inas 2010' di SK Senibai, Johol
Menerima cenderamata daripada Tn Hj Aris Azis, PPD Tampin sempena merasmikan Penutup MTAQ Sekolah-sekolah Tampin 2010


Menerima cenderamata dari Pensyarah Kolej MARA Seremban sempena merasmikan Program 'Tautan Ukhuwah Kolej MARA Seremban dan Gerakan Belia 4B Kg Tanggai' di Taman Rekreasi Batu Maloi, Johol

Melihat kerja membina penghadang jalan yang sedang dilakukan di salah satu selekoh berhampiran Pekan Kuala Johol

Melawat salah satu booth IPTS yang mengambil bahagian dalam karnival tersebut

Melawat Projek Penternakan dan Pembenihan Ikan Keli di Kg Nuri, Johol pada April 2010 bersama YB Dato' Yunus Rahmat, EXCO Pertanian N.Sembilan

Kursus Asas Penyembelihan April 2010 anjuran ADUN dan Pej Agama Wilayah Johol di Perkarangan Dewan Orang Ramai Johol

Dalam Majlis Penutup Program 'Ramah Mesra Bersama Rakyat' pada Mac2010 di Perkampungan Orang Asli Langkap, Dangi, Johol

Bersama YB Dato' Hj Ismail b Lasim Ketua UMNO Bhg K.Pilah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada salah seorang penerima dalam karnival tersebut

Bersama dalam Majlis 'Walkabout Menteri KKLBW DS Mohd Shafie Afdal di Ladang Lembu Fit Lot, Ladang Inas, Johol pada Mac 2010

Bersalaman dengan pasukan ragbi SDAR Seremban sempena Perasmian Penutup 'Kejohanan Ragbi MSSM NS 2010' di Padang SMK Tuanku Muhammad

JOHOL MAJU, AMAN, SEJAHTERA