Monday, June 28, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DUN JOHOL 2010

Bagi mengenang, menghargai dan sebagai tanda terima kasih kepada semua guru khasnya di sekolah-sekolah dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Johol, N.Sembilan, satu sambutan 'Hari Guru Peringkat DUN Johol' yang telah diilhamkan sendiri oleh YB Dato' Roslan Hj. Md Yusof, ADUN Johol telah diadakan pada 22 Jun 2010 (Selasa) mulai Jam 3.00 petang bertempat di Dewan Orang Ramai Johol. Majlis tersebut telah dianjurkan sendiri oleh YB Dato' Roslan. Turut sama terlibat dalam pengajuran majlis tersebut ialah Biro Pendidikan UMNO Bahagian K.Pilah di mana YB Dato' sendiri adalah selaku pengerusi biro tersebut. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah K.Pilah juga turut memberikan kerjasama dalam penganjurkan majlis tersebut.

Di DUN Johol terdapat sebanyak 17 buah sekolah iaitu 12 buah sekolah rendah ( 4 buah SRJK Cina dan sebuah Sek.Ren. Orang Asli) dan 5 buah sekolah menengah (termasuk sebuah Sekolah Menengah Agama Sains di bawah Kerajaan N.Sembilan) Jumlah guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah berkenaan ialah seramai lebih kurang 369 orang.

Seramai 280 orang guru termasuk guru besar dan pengetua-pengetua telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Turut hadir ialah Wakil Pengarah Pelajaran N.Sembilan (Hj. Isah Ismail) dan Wakil YB. Dato' Hj Ismail Lasim Ketua UMNO Bahagian K.Pilah. Hadir sama ialah pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah K.Pilah, Ketua Balai Polis Johol, Pengerusi-Pengerusi JKKK di DUN Johol, Yang Di Pertua PIBG sekolah-sekolah, ketua-ketua UMNO Cawangan dan pemimpin-peminpin masyarakat termasuk mantan ADUN Johol yang juga nantan EXCO Kerajaan Negeri Ybhg Dato' Darus Salim Bulin yang juga bekas guru. Bekas-bekas guru dan bekas pengetua juga turut hadir.

Dalam ucapannya, YB Dato' Roslan menceritakan serba ringkas sejarah yang dilaluinya sebagai seorang guru. Beliau berkhidmat sebagai seorang guru selama lebih 28 tahun. Pernah menjadi guru di sekolah rendah selama 2 tahun iaitu di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai, K.Lipis, Pahang iaitu pada tahun1976 - 1077. Untuk sampai ke sekolah tersebut beliau terpaksa menaiki bot mudik Sungai Jelai selama 4 atau 5 jam. Kemudian beliau diarah bertugas di Sekolah Menengah Padang Tengku, K.Lipis pada tahun 1978 hingga 1981. Di sekolah tersebut beliau mengajar di Tingkatan 2, 3 dan 4. Mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan matematik. Pada tahun 1982 berpindah ke N.sembilan dan mengajar di Sek. Men. Bukit Jalor, Gemas. Kemudian melanjutkan pelajaran ke UPM kemudian mengajar di Sek Men Tuanku Muhammad, K.Pilah. Pernah menjadi Penolong Pengetua di Sek. Men. Dangi, Johol selama 10 tahun dan menjadi Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu pada tahun 2002. Pada tahun 2004 beliau bersara dan bertanding dalam pilihanraya seterusnya menjadi ADUN Johol hingga sekarang.

Menurut beliau lagi, kerjaya sebagai guru merupakan kerjaya yang mulia, dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat dengan syarat guru-guru berkhidmat dengan penuh dedikasi, bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan serta bertanggungjawab. Guru adalah contoh teladan kepada pelajar dan masyarakat. Kelakuan, gerak-geri dan personaliti guru sentiasa diperhatikan oleh pelajar dan masyarakat. Oleh itu, guru-guru hendaklah sentiasa menjaga tingkahlaku dan personaliti masing-masing agar martabat guru sentiasa terpelihara. Kerjaya sebagai guru memang memerlukan banyak pengorbanan. Kerjaya guru tidak menjanjikan seseorang itu menjadi kaya, cuma sekadar mendapat suatu kepuasan dalam kehidupan.

No comments:

JOHOL MAJU, AMAN, SEJAHTERA