Sunday, February 21, 2010

ANAK ANAK JOHOL PUN HEBAT

Paparan ini bukan bertujuan untuk bermegah-megah,riak dan sebagainya. Paparan ini bertujuan untuk menyuntik semangat 'anak-anak Johol' yang lain terutamanya generasi muda agar mengikut jejak langkah tokoh-tokoh yang berasal dari Johol yang telah menempa kejayaan ini. Semoga Johol Maju, Aman dan Sejahtera. Di antara yang saya kenal atau yang saya tahu ialah :

1. Proffesor Tan Sri Hamzah b. Sendut.
Mantan Naib Censelor Universiti Sains Malaysia P.Pinang (Yang Pertama)
Kelahiran Kg. Simat, Air Mawang, Johol.

2. Profesor Dato' Dr. Wan Rafie bin Wan Abdul Rahman.
Mantan Naib Censelor UMS
Kelahiran Kg. Dingkir, Inas, Johol.

3. Dato' Seri Dr. Salleh bin Mohd Nor
Mantan Ketua Pengarah FRIM
Kelahiran Kg. Inas, Johol

4. Tan Sri Dato' Seri Dr.Aseh b. Che Mat.
Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
Kelahiran Kg. Ulu Inas, Johol

5. Proffesor Dato' Dr, Ir. Zaini bin Hj. Ujang.
Naib Cancelor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.
Kelahiran Kg. Dingkir, Inas, Johol.

6. Dato' Mohd. Yasin bin Mohd Yunus.
Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.
Kelahiran Kg. Gating, Inas, Johol.

7. Dato' Abdullah bin Mohamad
Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.
Kelahiran Kg. Air Mawang, Johol.

8. Dr. Noraini binti Baba
Mantan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka.
Kelahiran Air Mawang, Johol.

9. Datuk Hasnah binti Hassan.
Pengarah Penerangan Negeri Pahang.
Kelahiran Kg. Nuri, Johol.

10. Dato' Zulkifli bin Abdul Wahab.
Ketua Pengarah FELDA Malaysia.
Kelahiran Air Mawang, Johol

11. Tuan Azman bin Ayub
Mantan Pengarah Insolvensi Negeri Sembilan
Kelahiran Pekan Johol

12. Dr. Hj. Omar bin Minhat
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan
Kelahiran Kg. Melekai, Johol.

13. Dato' Ishak bin Awang.
Tokoh Usahawan yang berjaya (Seremban)
Kelahiran Air Mawang, Johol.

14. YB.Sohibus Samahah Dato' Hj.Mohd. Yusof bin Hj.Ahmad.
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
Kelahiran Kg. Masjid Tua, Air Mawang, Johol.

15. SAC 2 Dato' Tajuddin bin Hj. Md. Isa
Kelahiran Pekan Johol.

16. Tuan Zulkefli b. Ibrahim.
Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)
Kelahiran Air Mawang.

17. Ustaz Abdul Manas
Pegawai Agama Daerah Seremban
Kelahiran Ulu Inas

18. Dato' Darus Salim bin Bulin
Mantan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Kelahiran Kuala Johol.

BANGUNAN-BANGUNAN KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN

Balai YTM Dato' Undang Luak Johol.
Balai Polis Pekan Johol
Balai Polis Dangi
Pondok Polis Air Mawang
Pondok Polis Kepis Batu 10
Pejabat Pos Johol (di Pekan Johol)
Pejabat Agama Islam Wilayah Johol (Air Mawang)
Pejabat Pertanian Johol
Pejabat RISDA Johol
Lembaga Pertubuhan Pelaadang (di Pekan Johol)
Pejabat Veterina (Pekan Johol)
Klinik Kesihatan Johol (Simpang Melekai)
Pusat Latihan Warga Emas Pekan Johol.
Pusat Kegiatan Guru Johol (PKG)
Bangunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Dangi.
Bangunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Johol (PBTM)
Dewan Orang Ramai Johol.
Dewan Serbaguna Kampung Baru Air Mawang
Dewan Serbaguna Kampung Baru Dangi.
Pasar Awam Pekan Johol
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Johol.
Klinik Kesihatan Desa Betong.
Klinik Kesihatan Desa Air Mawang
Klinik Kesihatan Desa Gating
Klinik Kesihatan Desa Kepis.
Klinik Kesihatan Desa Pekan Dangi.
Bangunan TBK KEMAS Renggoh
Bangunan TBK KEMAS Selaru
Bangunan TBK KEMAS Ulu Inas
Bangunan TBK KEMAS Air Lerek
Bangunan Perpustakaan Desa Renggoh
Bangunan Gerai Majlis Daerah K.Pilah (Pekan Johol)
Bangunan Gerai MARA Air Mawang.

SEKOLAH-SEKOLAH DUN JOHOL

Terdapat 17 buah sekolah di DUN Johol.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN.
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Abdul Manap.
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Dangi.
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA
1. Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Selaru.
2. Sekolah Menengah Rendah Agama Johol.

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN.
1. Sekolah Kebangsaan Nuri, Air Mawang.
2. Sekolah Kebangsaan Undang Johol (Di Pekan Johol)
3. Sekolah Kebangsaan Inas.
4. Sekolah Kebangsaan Dato' Inas.
5. Sekolah Kebangsaan Senibai ( Sekolah Orang Asli)
6. Sekolah Kebangsaan Dangi.
7. Sekolah Kebangsaan Kepis

SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SRJK C)
1. SRJK (C) Yoke Hua, Air Mawang.
2. SRJK (C) Yuk Chai (Pekan Johol)
3. SRJK (C) Pei Chun (Dangi)
4. SRJK (C) Kepis Batu 10.

MASJID MASJID DUN JOHOL

Terdapat 18 buah masjid di DUN Johol. 17 buah masjid kariah dan sebuah masjid jamek

1. Masjid Jamek Pekan Johol
2. Masjid Kariah Gemencheh Ulu.
3. Masjid Kariah Tanggai ( Masjid Dato' Undang Abdul)
4. Masjid Kariah Tangkoh Sikota
5. Masjid Kariah Dato' Undang Kamat.
6. Masjid Kariah Kampung Nuri.
7. Masjid Kariah Melekai.
8. Masjid Kariah Gating.
9. Masjid Kariah Dingkir.
10. Masjid Kariah Ulu Inas.
11. Masjid Kariah Selaru ( Masjid Nur Salbiah)
12. Masjid Kariah Tulang Rimau.
13. Masjid Kariah Geduhom.
14. Masjid Kariah Malan.
15. Masjid Kariah Kepis Ulu.
16. Masjid Kariah Kepis Hilir.
17. Masjid Kariah Kepis Baru.
18. Masjid Kariah Kabong.

JKKK DUN JOHOL

DUN Johol mengandungi 32 JKKK iaitu 26 JKKK Perkampungan Melayu Tradisional, 4 JKKK Kampung Baru Cina dan 2 JKKK Kampung Orang Asli

PERKAMPUNGAN TRADISIONAL (26)

1. JKKK Gemencheh Ulu
2. JKKK Sikota
3. JKKK Iyor (Yuh)
4. JKKK Air Mawang (Ayer Mawang)
5. JKKK Tanggai
6. JKKK Betong
7. JKKK Nuri
8. JKKK Masjid Tua
9. JKKK Simat
10. JKKK Renggoh
11. JKKK Tumang
12. JKKK Padang Jual
13. JKKK Kuala Johol
14. JKKK Melekai
15. JKKK Gating
16. JKKK Dingkir
17. JKKK Ulu Inas
18. JKKK Kabong
19. JKKK Selaru
20. JKKK Tulang Rimau
21. JKKK Geduhom
22. JKKK Malan
23. JKKK Kepis Ulu
24. JKKK Kepis Hilir
25. JKKK Kepis Baru
26. JKKK Seri Kepis.

JKKK KAMPUNG BARU CINA (4)

1. JKKK Kampung Baru Air Mawang.
2. JKKK Kampung Baru Simpang Dangi.
3. JKKK Kampung Baru Dangi.
4. JKKK Kampung Baru Kepis Batu 10.

JKKK PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

1. JKKK Air Lerek
2. JKKK Bari Kelapi.

Friday, February 12, 2010

PROJEK PEMBENIHAN DAN TERNAKAN UDANG GALAH DI JOHOL

PENGENALAN

Udang galah 'macrobrachium resenbergii' merupakan ternakan air tawar yang popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga di pasaran telah melonjak dari sekitar RM15/kg pada tahun 80-an kepada sekitar RM45/kg pada tahun 2010. Pendapatan yang lumayan ini menyebabkan pengusaha ternakan ikan air tawar mula beralih kepada ternakan udang galah. Banyak kolam terbiar telah diusahakan dengan ternakan ini. Namun begitu berbanding dengan Vietnam, Thailand dan Taiwan, Malaysia masih ketinggalan dalam bidang ternakan ini. Pengeluaran masih rendah, misalnya pada tahun 1995, industri ini hanya menyumbang 0.06% dari nilai pengeluaran akuakultur.

Daripada kajian yang dibuat, pembenihan udang galah mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia disebabkan perkembangan yang agak meluas dalam sektor penternakan udang galah. Oleh itu kesempatan ini telah diambil oleh sebuah syarikat anak tempatan Johol untuk mengusahakan industri pembenihan udang galah di samping ternakan udang galah. Syarikat tersebut 'KEMUDI EKSPANSI SENTRAL SDN BHD terletak di NO.1 JALAN KOLAM, KAMPUNG YUH, AIR MAWANG, 73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN DK.

LATAR BELAKANG PROJEK

Secara keseluruhan, pengusaha telah mengeluarkan modal sendiri berjumlah RM850,00.00
melibatkan semua kos termasuk kos tetap, kos operasi dan kos pelaburan awal. Dengan keluasan tanah 6 ekar, telah dapat menempatkan 13 buah kolam tanah, 12 buah kolam fiber, 10 buah kolam simen, 14 buah kolam simen bulat, 11 buah kolam tanah khas untuk ternakan ikan ketutu, 4 tangki air dengan muatan 50 tan, bangunan pejabat, stor makanan, stor engin dan stor peralatan. Operasi telah bermula sejak setahun yang lalu Pengeluaran benih udang galah telah bermula dan pada Januari 2010 sahaja sebanyak 7 juta benih udang telah dikeluarkan. Harga pasaran benih udang galah ini ialah antara 6 ke 7 sen seekor.

Pembenihan udang galah memerlukan air payau dengan salinity 10-12 ppt. Salinity akan ditentukan menggunakan refraktometer atau dipanggil salinometer. Berdasarkan tempoh satu pusingan proses pembenihan udang galah mengambil tempoh antara 25 ke 30 hari. Proses pusingan dijalankan sebanyak antara 10 ke 12 pusingan setahun. Pengusaha menggunakan seekor induk udang galah betina yang berat antara 100 ke 200 gram untuk menghasilkan kira-kira 30,000 telur.

PERANCANGAN MASA DEPAN

1. Jika permintaan tinggi dan tidak mencukupi, pengusaha bercadang menambah lagi
sebanyak 20 kolam simen dan boleh menghasilkan hingga 37 juta benih udang.
2. Pengusaha juga bercadang untuk menambah kolam ternakan tanah biak besar udang
galah untuk pasaran tempatan dan luar termasuk Singapura yang menempah
permintaan tertinggi.
3. Pengusaha bercadang untuk menambah peralatan dan jentera bagi membuat kerja-
kerja pembaikpulih kolam di samping menghasilkan juga benih ikan air tawar.

LAIN-LAIN

Selain pembenihan dan penternakan udang galah, pengusaha juga mempelbagaikan
produk dengan memelihara ikan ketutu, ikan talapia,keli, ikan puyu daging, menternak
angsa, itik nila dan menternak puyuh di kawasan tersebut. Pengusaha juga bersedia
memberikan tunjuk ajar kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi industri
ini khasnya para belia dan juga masyarakat tempatan. Pengusaha juga sedia menerima
lawatan daripada sesiapa atau mana-mana pihak atau agensi untuk melihat sendiri
usaha yang beliau jalankan bagi tujuan menanam minat, memberi pengetahuan, memberi
suntikan semangat dan sebagainya.

BERITA DARI AKHBAR TEMPATAN.

Pada 19 Januari 2010 (Selasa) akhbar Berita Harian telah menyiarkan berita ini dengan tajuk 'Tauke keli, Udang' Mohd. Haiezack ternak ikan dalam kolam Air
Mawang. Pengusaha Mohd Haiezack berkelulusan bidang komputer, perakaunan dan perniagaan dari Binary Business School College, K.Lumpur dan pernah mengikuti kursus akuakultur di Institut Akuakultur Marin Pulau Sayak, Kedah selain belajar cara pembenihan udang galah di Thailand.
Beliau telah balik ke kampungnya di Kampung Yuh, Air Mawang, Johol untuk mengusahakan industri ini. Berdasarkan ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang ada beliau mengusahakan projek ini bersama keluarga. Dengan modal sendiri berjumlah
RM850,000.00 beliau memulakan projek ini sejak setahun yang lalu. Dengan sokongan
kuat daripada keluarga beliau yakin usaha ini akan berjaya. Walau bagaimana pun
usaha ini memerlukan kegigihan kerana pembenihan udang galah memerlukan pemerhatian
24 jam.

DI SEBALIK KEGHAIRAHAN NIZAR NAK JADI MB

Seharusnya DS Nizar menerima realiti bahawa anda tidak berhak menjadi MB. Akurlah kepada keputusan mahkamah. Berikanlah tanggung jawab tersebut kepada orang yang benar-benar berhak. Kembalilah kepada rukun iman keenam, percaya Qada' dan Qadar.
Ada hikmahnya sesuatu keputusan itu. Berfikirlah secara positif dan rasional. Jangan biarkan fikiran anda ditentukan oleh orang atau pihak lain. Saya percaya keghairahan
ini disebabkan ada dorongan daripada pihak lain. Pihak yang mendorong ini semata-mata mempergunakan diri anda untuk agenda mereka. Jangan biarkan diri anda dipergunakan sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah. Orang atau pihak yang mempergunakan anda mungkin mentertawakan anda sekarang.

PERANCANGAN JOHOL YANG AKAN DATANG

1. DEWAN BARU JOHOL
Permohonan telah diajukan dengan anggaran kos RM1.8 juta. Tapak
telah diperolehi dengan pengambilan semula tanah seluas 1.4 ekar terletak
berhampiran Pekan Johol. Dewan ini akan mempunyai dua gelanggang badminton.

2. JALAN GEMENCHEH ULU - GEMENCHEH

Perancangan seterusnya ialah membina jalan keselamatan antaraGemencheh Ulu ke
Gemencheh melalui Kg. Salah dan pekan Gemencheh Lama sejauh lebih kurang 3km.
Dengan adanya jalan ini mboleh memendekkan jarak perjalan dari Johol ke
Gemencheh di samping memajukan kampung-kampung dilaluan ini.

3. JALAN KG. TANGGAI - REMBAU

Membina jalan keselamatan ataraa Kg. Tanggai ke Rembau merentasi Gunung
Rembau. Jalan ini boleh memendekkan perjalanan dari rembau ke Johol, ke
Gemencheh dan ke Gemas.

4. KOLEJ KOMUNITI

Perancangan juga dibuat untuk membina sebuah Kolej Komuniti di Pekan Dangi
iaitu di tapak UKK Dangi yang telah lama terbiar. Sekiranya cadangan ini
diterima, akan dapat memajukan serta memberikan impak kepada ekonomi
penduduk di Dangi dan sekitarnya.

5. Lain-lain

Membina lagi beberapa buah gelanggang 'multisport', menaik taraf beberapa
buah padang awam dan membina beberapa buah bangunan TBK KEMAS dan Perpustakaan
Desa. Pembangunan Pekan Air Mawang akan diteruskan. Permohonan untuk
pengambilan balik tanah di pekan Air Mawang telah dibuat untuk tujuan
pembangunan semula pekan Air Mawang. Kem tentera yang dicadangkan di
sempadan Johol - Senaling apabila dibina akan memberikan kemajuan dan
pembangunan kepada Selaru (akan menjadi sebuah pekan baru), Inas, Dangi,
Simpang Dangi dan Kuala Johol. Dalam perancangan juga, tanah milik
Majlis Daerah K.Pilah di Simpang Dangi juga akan dimajukan dengan pembinaan
rumah kos rendah.

JOHOL MAJU, AMAN, SEJAHTERA

Selain memperkenalkan dan mempopularkan KUIH APAM JOHOL, saya juga memperkenalkan MOTTO atau COGANKATA untuk Johol pada tahun 2005 yang boleh dijadikan sebagai arahtuju(target), panduan atau pun penyuntik semangat kepada rakyat Johol. Motto tersebut:
'JOHOL MAJU, AMAN, SEJAHTERA'

Huraian maksud:

'MAJU'
Membawa pengertian memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama, negeri dan negara. Memajukan diri iaitu dengan berilmu pengetahuan, berkemahiran, bijaksana di samping bersikap rajin, berfikiran rasional, berfikiran luas dan terbuka, bercita-cita tinggi, sanggup menerima perubahan dan kemajuan, sanggup bersaing, positif, berdisiplin dalam kehidupan, mempunyai jati diri yang tinggi, bersemangat, berjiwa patriotik, bertanggungjawab dan sebagainya. Memajukan keluarga pula ialah dengan memberikan pendidikan kepada anak-anak supaya mereka berakhlak mulia, berdisiplin, berilmu dan seterusnya. Apabila setiap individu atau anggota masyarakat dapat memajukan diri masing-masing, dengan sendirinya keluarga, komuniti, masyarakat, bangsa, agama, negeri dan negara akan turut maju. Lihat sahaja bangsa-bangsa yang maju di dunia ini, kemajuan mereka bermula dapada diri setiap individu bangsa itu sendiri. Jika setiap individu pada sesuatu bangsa itu lemah, malas, tidak berdisiplin, tidak berakhlak, tidak berilmu, jati diri yang lemah, tiada kemahiran, tidak sanggup bersaing dan sebagainya, akhirnya bangsa tersebut akan menjadi lemah, ketinggalan dan akhirnya dijajah oleh bangsa lain yang lebih maju.Oleh itu diharap dan didoakan agar setiap individu di DUN Johol khasnya dan di Malaysia amnya akan berusaha memajukan diri dan keluarga masing-masing.

'AMAN'
Apabila setiap individu mempunyai pemikiran rasional dan positif, berdisiplin, jati yang tinggi, berilmu, bijaksana, berakhlak mulia dan sebagainya,
dengan sendirinya keamanan dalam masyarakat, kampung, daerah, negeri dan negara mudah tercapai. Sebagai contoh, sesebuah keluarga yang mempunyai anggota (ibu bapa dan anak-anak)yang berilmu, berdisiplin, berakhlak mulia dan sebagainya, keluarga tersebut akan hidup dalam suasana aman, harmoni dan sentiasa berkasih sayang. Begitu jugalah sesebuah negara. Hubungan baik antara kaum juga perlu sentiasa dipelihara untuk menjaga keharmonian dan keamanan. Kemajuan hendaklah dicapai secara seimbang antara kaum-kaum. Jika tiada keseimbangan, keamanan juga sukar dicapai. Di DUN Johol terdapat pelbagai kaum. Mengikut pecahan, Melayu 70%, Cina 20", India 5%, Asli dan lain-lain 5%. Oleh itu setiap individu pada setiap kaum tersebut mesti memajukan diri masing-masing agar keseimbangan kemajuan antara kaum tercapai bagi mewujudkan keamanan. Kerajinan, kesungguhan, disiplin, ilmu pengetahuan, kemahiran dan sebagainya antara kaum hendaklah hampir sama untuk mewujudkan keseimbangan dan seterusnya menjaga keamanan. Contohnya, jika kaum A lebih rajin bekerja, mempunyai kesungguhan berusaha yang tinggi, berdisiplin, lebih berilmu dan berkemahiran manakala kaum lain tidak begitu, tentulah kaum A akan lebih maju dan kaum-kaum yang lain akan terus ketinggalan. Ini boleh menggugat keamanan.
Kerjasama setiap ahli masyarakat juga penting di dalam memelihara keamanan. Kejadian jenayah, rompakan, kecurian, pecah rumah, ragut, keruntuhan moral, pergaduhan, penyalahgunaan dadah, rempit dan sebagainya juga boleh menggugat keamanan serta keselesaan hidup. Oleh itu setiap anggota masyarakat mesti bersama-sama membantu membantras perkara tersebut demi menjaga keamanan. Jika sebahagian anggota masyarakat memberikan kerjasama manakala sebahagian lagi tidak bekerjasama, keamanan juga sukar dicapai.

'SEJAHTERA'
Kehidupan yang 'sejahtera' hanya boleh dicapai satelah adanya keamanan di samping mempunyai taraf kehidupan yang terjamin. Jika salah satu daripadanya tidak ada, kesejahteraan hidup juga tidak tercapai. Seseorang yang mempunyai kemewahan hidup dengan wang dan harta yang banyak tetapi tinggal di dalam kawasan, negeri atau negara yang tidak aman, tidak akan menikmati kesejahteraan hidup. Seseorang yang mempunyai imu, kemahiran dan kerajinan yang tinggi tetapi berada di dalam masyarakat, tempat, kawasan atau negara yang kacau-bilau tidak akan menikmati keselesaan serta kesejahteraan hidup. Begitu juga sebaliknya, seseorang yang berada di dalam kawasan, negeri atau negara yang aman damai tetapi dirinya sendiri tiada kemajuan akibat dari sikap malas, tiada ilmu dan kemahiran, tidak berdisiplin dan sebagainya juga tidak akan menikmati kesejahteraan dalam kehidupannya. Oleh itu 'kesejahteraan' hidup hanya boleh dicapai dengan adanya kemajuan dan keamanan.

Saturday, February 6, 2010

KUIH APAM JOHOL DAN SEJARAHNYA


Kuih ini asalnya adalah kuih apam yang biasa yang terdapat juga di tempat-tempat lain di Negeri Sembilan. Walaupun berbagai cara dan bentuk kuih apam dihasilkan seperti dibuat di dalam talam, diwarnakan dengan berbagai warna seperti warna merah, putih, pink, dibungkus dengan daun koko atau daun pisang malah ada yang dibuat menggunakan tepung beras, tetapi kuih apam Johol tetap dibuat dengan mengekalkan ciri-ciri tradisionalnya.
Pada mulanya kuih ini selalu dihidangkan di majlis-majlis jamuan sekitar Johol dan Kuala Pilah terutama dalam majlis jamuan anjuran UMNO bahagian. Biasanya apabila UMNO Bahagian K.Pilah mengadakan majlis jamuan, kuih apam akan ditempah dari Johol iaitu daripada salah seorang pembuat kuih tersebut Pn. Roah bt Md. Ali dari Kampung Padang Jual, Johol.
Memandangkan kuih ini mendapat sambutan baik dan mula digemari, akhirnya telah mendapat perhatian YB Dato' Roslan b. Md. Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Johol untuk mempopularkan kuih tersebut. Beliau telah meminta Pn. Roah untuk mengekalkan ciri-ciri tradisi pada kuih tersebut iaitu pembungkusnya menggunakan daun 'rambai', warnanya cokelat muda, rasanya sederhana manis dan ramuannya terdiri daripada tepung gandun serta gula merah atau gula melaka.
Untuk mempopularkannya, Dato' Roslan telah memperkenalkan kuih ini semasa ucapan penangguhan beliau pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan tahun 2005 apabila menyentuh perkara-perkara berkaitan pelancongan dan makanan tradisional Negeri Sembilan. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menerangkan mengenai ciri-ciri tradisional yang terdapat pada kuih ini. Seterusnya beliau terus menamakan kuih ini sebagai 'APAM JOHOL'
Akhbar-akhbar telah menyiarkan berita tentang kuih ini pada keesokan harinya. Berikutan dengan itu pihak akhbar juga telah datang ke Johol dan menemuramah pengusaha kuih ini serta mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai kuih apam johol ini. Akhbar 'Utusan Malaysia' pernah menyiarkan rencana yang lengkap mengenai kuih apam johol ini.
Sehingga kini, kuih apam johol telah dikenali hampir di seluruh Negeri Sembilan malah telah tersenarai sebagai salah satu daripada kuih tradisional Negeri Sembilan. Walau bagaimana pun hanya beberapa orang sahaja di Johol yang diperakui dapat menghasilkan kuih apam johol ini yang benar-benar 'menjadi'. Ada juga yang cuba-cuba menirunya tetapi tidak berapa 'menjadi' kerana ada juga rahsia-rahsia yang tidak 'diturunkan' oleh pembuat asalnya.
Kuih apam johol yang benar-benar 'menjadi' akan berbau wangi, lembut, tidak terlalu manis, merekah di bahagian atasnya, berwarna cokelat muda dan boleh tahan sehingga tiga atau empat hari jika disimpan dengan baik. Kuih ini juga sangat lazat jika 'dicicah' dengan sambal, rendang, bubur kacang, teh, kopi, kuah daging, kuah durian dan lain-lain.
Salah seorang daripada pengusaha kuih apam johol ini memberi tahu, beliau mendapat tempahan hingga 2000 unit setiap hari. Pada hujung-hujung minggu tempahan meningkat sehingga 5000 unit. Setiap hari beliau terpaksa menghantar kuih-kuih ini ke beberapa tempat di Seremban seperti restoran-restoran, kantin pejabat, PLKN, asrama-asrama sekolah malah beberapa hotel di Seremban dan Port Dickson juga selalu membuat tempahan. Pengusaha tersebut juga memberi tahu bahawa sejak dipopularkan kuih ini, beliau telah memperolehi pendapatan yang lumayan dan bercadang untuk memperbesarkan lagi perusahaan ini. Beliau juga terpaksa membeli 'daun rambai' yang digunakan untuk pembungkus kuih ini dengan harga 3 sen sehelai jika banyak tempahan diterima.

Friday, February 5, 2010

LATAR DAN MAKLUMAT DUN JOHOL

KEDUDUKAN

1. Bersempadan dengan DUN REPAH di Selatan, DUN SENALING di utara, DUN JERAM
PADANG di timur, DUN KOTA di barat dan DUN GEMENCHEH di tenggara.
2. Terletak di tengah-tengah perjalanan 3 bandar iaitu Kuala Pilah, Tampin dan Bahau.
3. Terletak di dalam daerah dan Parlimen K.Pilah.
4. Terletak dalam katagori luar bandar
5. Berada dalam zon pertanian dan budaya.

MUKA BUMI

Terdiri daripada tanah tinggi dan bukit bukau. Terdapat banyak anak-anak sungai iaitu
cabang-cabang hulu Sg Muar. Sedikit tanah rata yang pada masa dahulu sesuai untuk
tanaman padi dan kebun sayur-sayuran. Namun pada masa ini banyak di tanam dengan
kelapa sawit. Lereng-lereng bukit ditanam dengan getah dan juga kelapa sawit. Tanaman
padi sudah hampir tiada lagi dan telah di ganti dengan tanaman sayur-sayuran dan
kebun buah-buahan.

MAKLUMAT

1. Terdapat banyak pekan-pekan kecil seperti Pekan Johol, Pekan Air Mawang
Pekan Dangi, Pekan Kuala Johol, Pekan Kepis Batu 10, Pekan Simpang Dangi
dan Pekan Renggoh.
2. Terdapat 32 JKKK iaitu 26 JKKK Kampung Tradisional, 4 JKKK Kampung Baru
dan 2 JKKK Kg. Orang Asli.
3. Peratus penduduk mengikut kaum 70% Melayu, 20% Cina, 5% India dan 5%
Orang Asli dan lain-lain.
4. Terdapat 17 buah sekolah iaitu 3 buah Sekolah Menengah Kebangsaan, 2 buah
Sekolah Menengah Agama, 7 buah Sekolah Rendah Kebangsaan, 4 buah Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan sebuah sekolah rendah Orang Asli.
5. Terdapat 18 buah masjid termasuk sebuah masjid jamek.
6. Terdapat 10 buah TBK KEMAS, 2 buah balai polis 2 buah pondok polis, sebuah
bangunan PBTM, sebuah bangunan KRT, sebuah bangunan Perpustakaan Desa,
sebuah klinik kesihatan, 5 buah klinik bidan, sebuah pusat latihan warga emas
dan sebuah pejabat pos
7. Terdapat 2 buah dewan serbaguna di Kg. Baru Dangi dan di Kg. Baru Air
Mawang serta sebuah Dewan Orang Ramai di Renggoh.
8. Terdapat sebuah Pejabat Agama Wilayah Johol di Air Mawang.
9. Terdapat juga sebuah bangunan PPK di Pekan Johol.
10. Terdapat 32 buah balai raya.

Thursday, February 4, 2010

PEMBANGUNAN JOHOL SEJAK 2004

1. Bina jalan baru (naik taraf ) jalan Air Mawang - Tanggai sejauh 4km kos RM3.4 juta
Siap tahun 2005

2. Bina Jalan baru (naik taraf ) Simpang Dangi - Bahau - Jarak 20 km - kos RM24 juta
Mula kerja 2009 dan akan siap tahun 2011

3. Ada 5 gelanggang futsal (multisport) yang mula dibina dari tahun 2008 /2009
di Taman Air Mawang, Padang Awam Renggoh, Kepis Hilir, Kg. Gating dan Padang
Awam Selaru. Kos setiap satu RM150,00.00.

4. Bangunan Kawasan Rukun tetangga Dangi siap pada tahun 2005 dengan kos
RM 120,00.00. Terletak di Pekan Dangi berhampiran Rumah Rakyat Dangi.

5. Menaik taraf Pusat Kesihatan Johol (dekat Simpang Kg. Melekai) dengan kos
RM16 juta. Dipohon pada tahun 2005 dan lulus pada tahun 2009. Telah ditender
dan kerja akan bermula pada tahun 2010. Apabila siap akan menempatkan
beberapa orang doktor dan kakitangan akan ditambah untuk lebih memberikan
kemudahan kepada warga Johol.

6. Pusat Latihan Warga Emas siap pada tahun 2007 untuk kegunaan warga emas
yang menjalani fisioterafi. Terletak di Pekan Johol ( klinik pekan Johol yang lama)
dibaikpulih dan dijadikan pusat latihan warga emas. Telah beroperasi sejak tahun
2008.

7. Permohonan menaik taraf 3 buah jambatan yang terdapat di DUN Johol iaitu
di laluan jalan Kuala Pilah - Tampin. Jambatan tersebut ialah di jambatan sempit
sempadan Tampin-K.Pilah (Jeram), jambatan di Simpang Dangi dan di Selaru
(berhampiran Sek Men Agama Sains Selaru). Permohonan telah diluluskan dan telah
ditender. Pembinaan akan bermula pada tahun 2010.

8. Dewan Baru Johol (terletak berhampiran pekan Johol). Permohonan telah diajukan.
Tapak dewan telah diluluskan dengan pengambilan balik tanah. Menunggu kelulusan
peruntukan. Kos anggaran RM2juta. Boleh memuatkan 2 buah gelanggang
badminton.

9. Dewan Serbaguna Kampung Baru Air Mawang telah siap pada tahun 2006 dengan
kos RM200.00. Telah siap dan boleh digunakan. Sebelum itu sebuah dewan serba-
guna di Kg. Baru Dangi telah siap pada tahun 2004.

10. Bangunan Perpustakaan Desa yang terletak berhampiran Padang Awam Renggoh
telah siap dibina pada tahun 2008 untuk kegunaan masyarakat tempatan khas
di Renggoh, Air Mawang, Nuri, Masjid Tua, Simat dan kawasan berhampiran.
Seorang pembantu perpustakaan ditempatkan disana.

11. Ubahsuai bangunan Masjid Jamek Pekan Johol juga telah dilakukan pada tahun
2008 dengan peruntukan lebih RM100,00.00. Dengan pengubahsuaian bangunan
ini telah memberi lebih keselesaan kepada jemaah masjid ini.

12. Johol juga mempunyai 18 buah masjid termasuk sebuah masjid jamek. Sebahagian
besar masjid ini telah dapat peruntukan baik pulih sekitar tahun 2007 hingga
2009. Antaranya masjid katiah Ulu Inas, Kepis Ulu, Kepis Hilir, Tangkoh, Nuri,
Masjid Nur Salbiah Selaru dan lain-lain.

13. Di DUN Johol juga terdapat 17 buah sekolah rendah dan menengah. Pada tahun
2008/2009 dua buah sekolah rendah telah mendapat peruntukan membina
bangunan baru tiga tingkat iaitu di Sek. Keb. Kepis dan Sek. Keb. Undang Johol.
Lain-lain sekolah juga telah mendapat peruntukan membaiki bangunan sekolah
dan sebagainya.

14. Pekan Air Mawang juga telah dapat peruntukan membina longkang di tengah-tengah
pekan tersebut sebanyak RM400,00.00 dari Majlis Daerah Kuala Pilah. Selain
itu bahu jalan di pekan itu juga telah di tar. Dengan itu keadaan pekan tersebut
sudah ada perubahan.

15. Gerai Majlis Daerah di Pekan Johol sebanyak 5 pintu bernilai RM500,00.00
telah siap sepenuh pada tahun 2005 untuk menempatkan peniaga-peniaga
menjalankan perniagaan. Walau bagaimana pun gerai-gerai tersebut belum lagi
dipenuhi.

16. Gerai Majlis Daerah di Pekan Dangi juga telah dibaiki dan dicat semula. Ini
dapat mengubah sedikit keadaan pemandangan di pekan tersebut dan keadaan
nya lebih ceria.

17. Jambatan yang menghubungkan Gating dan Ulu Inas (laluan Inas -Senaling)
telah dinaiktaraf dengan kos RM2 juta dan telah siap sepenuhnya pada
tahun 2009.

18. Sebuah balai raya baru di Kepis Ulu (bersebelahan masjid Kepis Ulu) telah siap
dibina pada tahun 2008. Balai raya ini adalah daripada peruntukan RISDA

Satu JKKK Satu Produk

Usaha menggalakkan setiap kampung atau JKKK di Dun Johol menghasilkan sekurang-kurangnya satu produk telah mendapat sambutan. berikut di senaraikan produk-produk tersebut mengikut JKKK.

JKKK Tulang Rimau
Terdapat Pengusaha Anyaman Rotan yang diusahakan oleh En. Azahari bin Muyub bersama keluragnya. Telah diusahakan lebih 10 tahun yang lalu. Hasilnay untuk pasaran tempatan dan juga di luar hingga ke Melaka. Menerima tempahan dari luar dan sentiasa sedia menerima tempahan. Bengkelnye bersebelahan rumah beliau di Kg. Tulang Rimau.

JKKK Dingkir Inas
TErnakan ikan keli yang diusahakan oleh En. Mohd Layar Zainudin. Mempunyai 6 kolam. Mengeluarkan 900kg setiap bulan dan memberikan pendapatan RM 2000.00 sebulan. Ternakan ikan keli juga diusahakan oleh Pn. Dalilah bt Othman yang mempunyai 7 buah kolam kanvas dan menghasilkan lebih kurang 400kg sebulan. Memberikan pendapatan antara RM 15000.00 hingga RM 2000.00 sebulan.
Projek tanaman sayur-sayuran yang diusahakan oleh Hj. Shamsudin bin Md. Ali di Dingkir seluas 30 ekor. Projek ini merupakan yang terbesar diusahakan oleh orang Melayu yang dimulai pada tahun 2000. Menerima peruntukan dariapda LPP NS sebanyak RM 400 000. Menghasilkan lebih kurang 112 sebulan dan memberikan pendapatan RM 15 000.00 sebulan. Hasil di pasarkan ke Pasar Borong Selayang dan Puchong setiap hari.

JKKK Renggoh
Ternakan ikan keli yang diusahakan oelh Nurshuhadah bt. Azizan. Mempunyai 4 buah kolam kanvas. Mengeluarkan 600 kg sebulan.
Ternakan ikan keli yang diusahakan oleh Sulatin bin Mat Haris.Mempunyai 6 buah kolam kanvas. Menghasilkan 600 kg sebulan dengan pendapatan antara RM 2000.00 - RM 3000.00 sebulan. Beliau juga mengusahakan ikan keli salai.
Di JKKK Simat ini juga terdapat pengusaha yang mengusahakan ternakan kambing yang diusahakan sejak tahun 2007. Pengusaha tersebut En. Mohd Nor Yasin menternak sebanyak 60 ekor kambing dengan modal sendiri.

JKKK Nuri
Ternakan ikan keli yang diusahakan oleh Othman b. Hj. Mad Din. Mempunyai 9 buah kolam. Menghasilkan 1.2 MT sebulan.

JKKK Kuala Johol
Tanaman Pisang yang diusahakan oleh Hj. Wan Talib Wan Abd. Rahman di Kampung Changgang, Kuala Johol seluas 6 ekar dengan modal sendiri. Menghasilkan lebih kurang 5MT sebulan. Memberikan pendapatan RM 1500.00 sebulan.

JKKK Tumang
Projek tanaman cendawan yang diusahakan oleh Abd. Rahim bin Shamsudin di Kampung Lending. Diusahakan mulai tahun 2007. Mempunyai sebuiah bnagsal. Mengeluarkan modal sendiri. Mengahsilkan 0.5 MT sebulan dan memberikan pendapatan lebih kurang RM 2000.00 sebulan.

JKKK Padang Jual
Menghasilkan kuih 'Apam Johol' yang diusahakan oleh Pn. Roah bt. Md. Ali di Kg. Padang Jual, JOhol. Mula diusahakan sejak tahun 1995 dengan modal sendiri. Mengeluarkan lebih kurang 3000 unit kuih sebulan. Memberikan pendapatan lebih kurang RM400.00 sebulan.
Pengeluaran REBUNG yang diusahakan oleh Hj. Manas bin Itam dengan penanaman buluh rebung seluas 15 ekar di Kg. Padang Jual, Kuala Johol, Geduhom, dan Dingkir. Dengan modal sendiri. Mendapatkan nasihat teknikal daripada FRIM. Jenis-jenis buluh rebung yang ditanam ialah buluh beting, buluh betong, buluh madu BURMA, buluh tumpat, buluh madu THAILAND dan buluh madu KEMBOJA. Pasaran tempatan dan luar tetapi tidak mencukupi kerana permintaan yang tinggi.

JKKK Iyor
Pembenihan udang galah dan ikan air tawar yang diusahakan oleh Syarikat KEMUDI EKSPENSI SENTRAL SDN.BHD. iaitu syarikat anak tempatan dengan modal sendiri RM 850 000.00. diusahakan di atas tanah seluas 6 ekar di No. 1, Jalam Kolam Kampung Iyor, Air Mawang, Johol. Syarikat yang dipunyai oleh Keluarga Mohamad Khairul Zolkople ini telah dimulakan sejak tahun lepas. Projek ini mengandungi 13 buah kolam tanah, 12 buah kolam fiber, 10 buah kolam simen. 11 buak kolam tanah untuk ternakan ikan petutu, sebuah bangunan pejabat, stor dan sebagainya. Pengusaha juga menternak puyuh, ayam kampong, itik, angsa, itik nila, ikan tilapia dan ikan daging. Pasaran untuk udang galah dan benih udang galah hingga ke Singapura dan Thailand.
Di Kg. Iyor juga terdapat pengusaha yang memelihara ikan keli dan mengeluarkan ikan keli yang dikenali senagai 'ikan keli organik'. Pengusahanya ialah Nurul bt. Muhammad.
Seorang lagi pengusaha di Kampung ini iaitu Salehudin Ismail juga mengusahakan ikan keli di samping mengusahakan tanaman pisang.
Selain itu, seornag lagi pengusaha Hj. Jaafar Abdul Majid mengusahakan ternakan kambing dari jenis Boer dan Janapari yang setakat ini berjumlah 50 ekor menggunaka modal sendiri. Diusahakan sejak tahun 2007.

JOHOL MAJU, AMAN, SEJAHTERA