Friday, February 12, 2010

PROJEK PEMBENIHAN DAN TERNAKAN UDANG GALAH DI JOHOL

PENGENALAN

Udang galah 'macrobrachium resenbergii' merupakan ternakan air tawar yang popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga di pasaran telah melonjak dari sekitar RM15/kg pada tahun 80-an kepada sekitar RM45/kg pada tahun 2010. Pendapatan yang lumayan ini menyebabkan pengusaha ternakan ikan air tawar mula beralih kepada ternakan udang galah. Banyak kolam terbiar telah diusahakan dengan ternakan ini. Namun begitu berbanding dengan Vietnam, Thailand dan Taiwan, Malaysia masih ketinggalan dalam bidang ternakan ini. Pengeluaran masih rendah, misalnya pada tahun 1995, industri ini hanya menyumbang 0.06% dari nilai pengeluaran akuakultur.

Daripada kajian yang dibuat, pembenihan udang galah mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia disebabkan perkembangan yang agak meluas dalam sektor penternakan udang galah. Oleh itu kesempatan ini telah diambil oleh sebuah syarikat anak tempatan Johol untuk mengusahakan industri pembenihan udang galah di samping ternakan udang galah. Syarikat tersebut 'KEMUDI EKSPANSI SENTRAL SDN BHD terletak di NO.1 JALAN KOLAM, KAMPUNG YUH, AIR MAWANG, 73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN DK.

LATAR BELAKANG PROJEK

Secara keseluruhan, pengusaha telah mengeluarkan modal sendiri berjumlah RM850,00.00
melibatkan semua kos termasuk kos tetap, kos operasi dan kos pelaburan awal. Dengan keluasan tanah 6 ekar, telah dapat menempatkan 13 buah kolam tanah, 12 buah kolam fiber, 10 buah kolam simen, 14 buah kolam simen bulat, 11 buah kolam tanah khas untuk ternakan ikan ketutu, 4 tangki air dengan muatan 50 tan, bangunan pejabat, stor makanan, stor engin dan stor peralatan. Operasi telah bermula sejak setahun yang lalu Pengeluaran benih udang galah telah bermula dan pada Januari 2010 sahaja sebanyak 7 juta benih udang telah dikeluarkan. Harga pasaran benih udang galah ini ialah antara 6 ke 7 sen seekor.

Pembenihan udang galah memerlukan air payau dengan salinity 10-12 ppt. Salinity akan ditentukan menggunakan refraktometer atau dipanggil salinometer. Berdasarkan tempoh satu pusingan proses pembenihan udang galah mengambil tempoh antara 25 ke 30 hari. Proses pusingan dijalankan sebanyak antara 10 ke 12 pusingan setahun. Pengusaha menggunakan seekor induk udang galah betina yang berat antara 100 ke 200 gram untuk menghasilkan kira-kira 30,000 telur.

PERANCANGAN MASA DEPAN

1. Jika permintaan tinggi dan tidak mencukupi, pengusaha bercadang menambah lagi
sebanyak 20 kolam simen dan boleh menghasilkan hingga 37 juta benih udang.
2. Pengusaha juga bercadang untuk menambah kolam ternakan tanah biak besar udang
galah untuk pasaran tempatan dan luar termasuk Singapura yang menempah
permintaan tertinggi.
3. Pengusaha bercadang untuk menambah peralatan dan jentera bagi membuat kerja-
kerja pembaikpulih kolam di samping menghasilkan juga benih ikan air tawar.

LAIN-LAIN

Selain pembenihan dan penternakan udang galah, pengusaha juga mempelbagaikan
produk dengan memelihara ikan ketutu, ikan talapia,keli, ikan puyu daging, menternak
angsa, itik nila dan menternak puyuh di kawasan tersebut. Pengusaha juga bersedia
memberikan tunjuk ajar kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi industri
ini khasnya para belia dan juga masyarakat tempatan. Pengusaha juga sedia menerima
lawatan daripada sesiapa atau mana-mana pihak atau agensi untuk melihat sendiri
usaha yang beliau jalankan bagi tujuan menanam minat, memberi pengetahuan, memberi
suntikan semangat dan sebagainya.

BERITA DARI AKHBAR TEMPATAN.

Pada 19 Januari 2010 (Selasa) akhbar Berita Harian telah menyiarkan berita ini dengan tajuk 'Tauke keli, Udang' Mohd. Haiezack ternak ikan dalam kolam Air
Mawang. Pengusaha Mohd Haiezack berkelulusan bidang komputer, perakaunan dan perniagaan dari Binary Business School College, K.Lumpur dan pernah mengikuti kursus akuakultur di Institut Akuakultur Marin Pulau Sayak, Kedah selain belajar cara pembenihan udang galah di Thailand.
Beliau telah balik ke kampungnya di Kampung Yuh, Air Mawang, Johol untuk mengusahakan industri ini. Berdasarkan ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang ada beliau mengusahakan projek ini bersama keluarga. Dengan modal sendiri berjumlah
RM850,000.00 beliau memulakan projek ini sejak setahun yang lalu. Dengan sokongan
kuat daripada keluarga beliau yakin usaha ini akan berjaya. Walau bagaimana pun
usaha ini memerlukan kegigihan kerana pembenihan udang galah memerlukan pemerhatian
24 jam.

No comments:

JOHOL MAJU, AMAN, SEJAHTERA